KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan pihak kementerian telah terlebih membayar RM11.36 juta kepada ejen ke atas enam bot peronda laut untuk digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.
Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zahid Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan Kementerian Pertahanan telah membuat pembayaran RM11.36j bagi bantuan teknikal bagi pembelian enam bot peronda terbabit.
"Dakwaan itu tidak benar," ujar Zahid.
Hasan Ali Terkejut Pengintipan PAS
Hasan Ali meluahkan rasa terkejutnya ke atas penubuhan unit risikan dan intipan...More
Jakim Sukar Siasat Kes 'Ireland'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menghadapi untuk menangani masalah kes seorang pelajar...More
Artis Barat Membenci Kim Jong-il
Segelintir artis barat memberi komen negatif selepas mengetahui kematian Kim Jong-il...More
Sekitar Memoir Dr Nasir
Ahli politik dari Parti Sosialis ini menghasilkan sebuah novel 'Mengharungi Titik Noktah' ...More
Jamil Khir Dianggap Khianat - Izzah
KUALA LUMPUR - Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang pengkhianat kepada Islam dan negara.Selain itu, Izzah juga mahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen kerana menipu dewan.
Mashitah menjawab sebanyak RM31,150.00 digunakan bagi membayar kos guaman kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April tahun lalu.
Dua hari selepas Mashitah memberi jawapan di Parlimen, Jamil mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, iaitu wang yang digunakan bukan wang zakat sebaliknya peruntukan kementerian.
"Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat)," kata Izzah.Izzah juga berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut. - Sumber KeadilanDaily.
Kes Khir Toyo Skrip Lama Umno - PKR
KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat mengganggap keputusan kes ke atas bekas Menteri Besar S'gor, Datuk Khir Toyo merupakan satu lagi skrip lama oleh Umno bagi mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang.
Kenyataan yang dipetik oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak keputusan kes tersebut dengan tanggapan Umno sebuah parti bebas rasuah kerana berjaya menangani isu rasuah dengan cekap.
"Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU."Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini," katanya dalam KeadilanDaily.
'Datuk Lembu' Dijadikan Alat - Rafizi
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya bertujuan untuk menjadi alat dan mengalih perhatian ke atas kes berkenaan.
Rafizi Ramli turut menambah nama individu yang ditahan itu tidak pernah dikaitkan mereka, malahan nama individu seperti yang dimaksudkan itu tidak pernah diketahui sepanjang pendedahan isu NFC.
"Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya yang dipetik dalam KeadilanDaily.
Jakim Sukar Siasat Kes 'Ireland'
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghadapi untuk menangani masalah kes seorang pelajar lelaki Malaysia berkahwin dengan seorang lelaki Ireland kerana ia terletak di bawah bidang kuasa dan perundangan negara tersebut.
Namun, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya kini cuba menggunakan pelbagai saluran untuk menyelesaikan kes terbabit termasuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, sahabat terdekat pelajar terbabit serta agensi lain yang berkaitan.
"Kita sedang buat siasatan bersama Kementerian Luar dan agensi lain, kita belum dapat maklumat (perkembangan baru). InsyaAllah dalam sedikit masa lagi
kita akan ketahui kesahihannya," kata beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata dalam usaha menjalankan siasatan itu, pihaknya perlu mematuhi dan menghormati undang-undang di negara berkenaan sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar terbabit.

Media Perdana Lebih Terbuka - Hasan
KUALA LUMPUR - Organ PAS yang sebelum ini sering menempelak media arus perdana hari ini menerima kejutan apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyatakan ianya lebih terbuka berbanding media yang dimiliki oleh parti Islam tersebut.
Berhubung isu beliau dilihat menggunakan "media Umno" untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.
"Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya," katanya.
Beliau mendakwa akhbar "Harakah" terbitan PAS tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.
Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung "negara berkebajikan" pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti.

KUALA LUMPUR - Selain menarik balik kritikan 'Negara Berkebajikan' yang dibawa PAS, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali meluahkan rasa terkejutnya ke atas penubuhan unit risikan dan intipan seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Dalam sidang medianya, Hasan turut menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno selain berharap untuk mendapat penjelasan tentang intipan dan risikan seperti yang dilaporkan media.
"Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.
"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.
Pengguna Facebook di M'sia Cecah 12 Juta
KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di Malaysia telah meningkat kepada 12 juta orang pada minggu lepas menurut laporan oleh www.forbes.com.
Menurut laporan tersebut juga, keadaan yang berlaku menunjukkan peningkatan sebanyak 70%.
Forbes melaporkan pengguna FB pada 1 Januari 2011 dikalangan rakyat M'sia ialah berjumlah 9.5 juta, namun angka itu naik mendadak hinggalah minggu lepas.
Selain itu, Forbes juga meramalkan angka itu akan meningkat pada 2012.
M'sia-China Merterai Perjanjian Ketenteraan
BEIJING - Kerajaan Malaysia dan China telah bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang ketenteraan dengan negara komunis tersebut menurut laporan daripada english.peopledaily.com.cn.
Perjanjian itu dipersetujui antara naib pengerusi Suruhanjaya Pusat Ketenteraan China, Guo Boxiong dengan Menteri Pertahanan Msia, Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerajaan China sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi menambah hubungan ketenteraan antara satu sama lain secara lebih mendalam," kata Guo Boxiong.
Sementara itu, Zahid Hamidi berkata, "Kerajaan M'sia berharap persetujuan ini akan menambah lagi hubungan dua hala antara China dan M'sia."Kerajaan China yang diperintah oleh Parti Komunis sering dikritik sebelum ini kerana mencabuli banyak hak asasi manusia serta mengamalkan pemerintahan kuku besi ke atas rakyatnya.
Noh Dakwa Peruntukan Kerajaan Lebih Besar
SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuat satu kenyataan bahawa - peruntukan disalur kerajaan persekutuan untuk membangunkan Selangor, lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri.
Untuk tahun ini sahaja, kerajaan persekutuan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk negeri itu. Manakala bagi Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan 628 projek, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian.
Beliau berkata demikikan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor.
Terdahulu, kerajaan Selangor dalam belanjawan negeri memperuntukkan RM1.43 bilion, di mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri bagi tahun ini.

SPRM Tahan 5 Pengkuatkuasa Di Kedah
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan lima pegawai penguatkuasa beberapa agensi kerajaan di Kedah bagi membantu siasatan kes penyelewengan minyak bersubsidi.
Penolong Pesuruhjaya SPRM Putrajaya, Mustafa Kamal berkata kesemua mereka yang berusia 32 hingga 54 tahun ditahan di lokasi berasingan dalam satu operasi khas di negeri ini hari ini.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menerima rasuah iaitu tidak mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang menjual minyak secara haram.
"Operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini juga mengesan sebuah premis di Pulau Pinang yang menyimpan minyak tanpa lesen yang sah," katanya pada sidang media di pejabat SPRM Kedah di sini hari ini.
Mustafa berkata SPRM mendapati pemilik premis tidak menyediakan buku stok seperti yang disyaratkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mengesan 21,000 liter minyak diesel dan 80,000 liter diesel di premis berkenaan.
"Dipercayai perkara ini berlaku kerana kurangnya kawalan daripada agensi-agensi terbabit dan operasi hari ini adalah hasil intipan kita selama empat bulan," kata Mustafa.
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.

Penolong Pesuruhjaya SPRM Putrajaya, Mustafa Kamal berkata kesemua mereka yang berusia 32 hingga 54 tahun ditahan di lokasi berasingan dalam satu operasi khas di negeri ini hari ini.
"Mereka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menerima rasuah iaitu tidak mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang menjual minyak secara haram.
"Operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini juga mengesan sebuah premis di Pulau Pinang yang menyimpan minyak tanpa lesen yang sah," katanya pada sidang media di pejabat SPRM Kedah di sini hari ini.Mustafa berkata SPRM mendapati pemilik premis tidak menyediakan buku stok seperti yang disyaratkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan mengesan 21,000 liter minyak diesel dan 80,000 liter diesel di premis berkenaan.
"Dipercayai perkara ini berlaku kerana kurangnya kawalan daripada agensi-agensi terbabit dan operasi hari ini adalah hasil intipan kita selama empat bulan," kata Mustafa.
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.
Pakatan Gagal Sekat Rang Perhimpunan Aman
KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Negara yang mewakili pihak Pakatan Rakyat hari ini gagal menyekat Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 39 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Undian belah bahagian dibuat selepas Senator Saiful Izham Ramli mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan anggota Dewan Negara.

Pada 29 Nov lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu dengan enam pindaan dibuat membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis dari 30 kepada 10 hari.
Selain itu, Fasal 12(1) rang undang-undang itu turut dipinda bagi memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan berkenaan dari 48 jam kepada 24 jam.
Turut dipinda adalah membabitkan Fasal 12(2) bagi tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan dari lima hari kepada 24 jam.
Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan dari 12 hari kepada lima hari seperti yang dinyatakan pada pindaan ke atas Fasal 14. Pindaan terhadap Fasal 15, membolehkan polis mengenakan sekatan ke atas pelbagai aspek perhimpunan termasuk masa dan tempat demi keselamatan atau ketenteraman awam bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.
Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri. - Bernama
Hassan Tuduh DAP Penghalang
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini mengeluarkan kenyataan dengan menuduh DAP sebagai penghalang utama ke atas hasrat PAS untuk menubuh menubuhkan negara Islam.Di sebalik kecaman ke atas DAP, Hassan tidak pula memberi sebarang ulasan tentang beberapa isu terutamanya tentang video hudud yang dihasilkan oleh pihak UMNO bagi tujuan menghina tetapi sebaliknya mengganggap DAP sebagai musuh utama dalam pakatan.
Hassan turut menegaskan PAS perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan tidak perlu tunduk kepada desakan DAP.

"Kalau kita lihat yang menjadi "stumbling block" (penghalang) adalah pemimpin tertinggi DAP. Pengerusi (DAP Karpal Singh) kata langkah mayat dia dulu... Nampaknya seperti pintu dah tertutup dan terkunci buat selama-lamanya selagi dia masih hidup," katanya.
Sambil menyifatkan rancangan penubuhan negara berkebajikan sebagai suatu yang sia-sia, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, perjuangan asal PAS sudah rapuh ekoran parti itu mula dikuasai golongan bukan ulama.
Di sebalik kecaman ke atas DAP, Hassan tidak pula memberi sebarang ulasan tentang beberapa isu terutamanya tentang video hudud yang dihasilkan oleh pihak UMNO bagi tujuan menghina tetapi sebaliknya mengganggap DAP sebagai musuh utama dalam pakatan. - Bernama
Kutipan Zakat MAWIP Lebih RM50 Juta
KUALA LUMPUR - Kutipan zakat perniagaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) tahun ini melepasi sasaran RM50 juta dengan sejumlah RM51.9 juta dikutip sehingga hari ini.Jumlah itu meningkat 70 peratus berbanding RM28.6 juta yang dikutip tahun lepas, kata Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman selepas menerima RM3.4 juta bayaran zakat daripada 10 buah syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata bilangan pembayar zakat perniagaan turut meningkat dari 1,148 pembayar zakat pada tahun lepas kepada 1,279 pembayar pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus.

Mustafa berkata kutipan zakat harta tahun ini turut meningkat dengan sebanyak RM300 juta diterima daripada 98,000 pembayar iaitu peningkatan lebih daripada 25 peratus dari tahun lepas.
Katanya Baitulmal MAIWP telah menyalurkan RM10.74 juta sebagai bantuan dermasiswa dan RM2.86 juta untuk bantuan peralatan sekolah. - Bernama
Perkasa Tolak Dakwat Kekal
KUALA LUMPUR - Kumpulan NGO pendesak Melayu, Perkasa menyatakan pengundi dikalangan orang Melayu tidak akan keluar mengundi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal dengan keputusan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang, tetapi tidak memperincikan perkara tersebut lebih lanjut.
"Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya.
Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa. - MsiaInsider
Artis Barat Kutuk Kim Jong-il
KUALA LUMPUR - Segelintir artis barat memberikan komen negatif menerusi laman sosial Twitter selepas mengetahui kematian Pemerintah Korea Utara, Kim Jong-il hari ini.LILY ALLEN, SIMON LE BON dan JARED LETO antara bintang yang memberi komen mereka ke atas pemergian Kim pada usia 69 tahun.
Bintang Duran Duran, Le Bon menulis di Twitter, "And it's... Good-bloody-bye to tinpot dictator, Kim Jong Il."

Jared Leto pula menulis, "I'm guessing Kim Jong Il died because Santa reads a whole lotta wish lists."
Dan Kirstie Alley juga menulis, "Have people become so blind to barbarism that they weep for mass murderers... please!... get a f**king clue... cry for the victims of Kimbo."
Penyokong Shahrizat Cuba Pukul Syed Ali
KUALA LUMPUR - Timbalan ketua bahagian UMNO Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor mendedahkan salah seorang penyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee semasa insiden serangan yang berlaku pada 15 Dis lalu."Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," Kata Mahadi.

Disamping itu, Datuk Mahadi juga berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.
"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.
Shahrizat Mahu Jasanya Dikenang
KUALA LUMPUR - Belum reda dengan isu NFC, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan niatnya menyertai Umno ialah mahu memperjuangkan agama, bangsa dan negara, bukan semata-mata mengejar jawatan.
"Kena ingat, saya masuk jadi ahli Umno dan menjadi Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong selama 30 tahun, di mana Umno bahagian Kepong ini bukan kawasan ahli atau pemimpinnya akan menjadi calon.
"Kalau untuk merebut menjadi calon atau jawatan menjadi niat utama saya, tentunya saya tidak di Kepong, saya sudah pindah di bahagian lain yang ada potensi, namun saya tidak pindah kerana niat saya ikhlas," katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Juita dan Projek Juita ku Sayang Ke-14.
Shahrizat sebelum ini dituduh terlibat dalam isu penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah RM9.8 juta One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur.
Shahrizat juga menasihatkan ahli Umno agar tidak terlalu taksub untuk menjadi calon kerana ia akan membawa padah buat individu tersebut.
"Saya selaku Ketua Wanita memberi tumpuan untuk menentukan jentera wanita mantap dan dalam tahap siap siaga kerana kita hendak berperang pada PRU13, untuk menentukan jadi calon atau tidak itu hak Presiden Umno," katanya.

Johor Tak Muflis Walau Hutang Naik - MB
JOHOR - Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri itu akan muflis.Ini kerana kata beliau, kedudukan kewangan kerajaan negeri pada 2010 berada pada tahap baik dengan Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM274.42 juta
atau 118.6 peratus.
Lonjakan itu menjadikan jumlahnya RM505.1 juta, berbanding RM231.39 juta pada akhir 2009 dan turut mencatatkan lebihan dalam Akaun Hasil disatukan sebanyak RM158.36 juta.
Ini menjadikan kedudukan defisit terkumpul pada 31 Dis 2010 berkurangan sebanyak 32.7 peratus kepada RM325.69 juta berbanding RM484.05 juta pada 2009, katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2012 Johor, di Dewan Undangan Negeri, di sini.

Beliau berkata Penyata Hasil Kerajaan Negeri tahun lalu juga meningkat RM272.75 juta atau 36.3 peratus berbanding pungutan 2009.
Katanya pada tahun lalu, penyata hasil itu mencecah RM1.02 bilion dan merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana buat pertama kali berjaya mencecah paras melebihi RM1 bilion.

"Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Penyata Kewangan Negeri Johor 2010, kerajaan negeri telah diberikan Sijil Bersih dan dengan itu selama sembilan tahun berturut-turut kerajaan negeri berjaya mengekalkan prestasi tersebut.
Abdul Ghani berkata hutang awam kerajaan negeri turut meningkat sebanyak 8.9 peratus, menjadikannya RM1.38 bilion pada tahun lalu berbanding RM1.27 bilion
pada 2009.
"Bagaimanapun, hutang awam bagi projek rumah awam kos rendah mencatatkan penurunan kepada RM54.26 juta pada tahun lalu berbanding RM68.93 juta pada 2009.
Lain-lain projek turut mencatatkan penurunan kepada RM33.46 pada 2010 berbanding RM64.44 pada tahun sebelumnya," katanya.
KR1M Tembusi Pasaran S'wak
KUCHING - Komitmen kerajaan yang berterusan dalam menangani kenaikan kos sara hidup terus diperhebat. Ini dibuktikan dalam pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sarawak mulai tahun depan.
Ia sekali gus memastikan penduduk Sarawak menikmati produk berkualiti dengan harga berpatutan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Karim berkata, sekurang-kurangnya tiga KR1M akan diwujudkan iaitu di
Kuching, Sibu dan Miri.
"Ketika ini kementerian sedang dalam perbincangan dengan pihak Mydin untuk mengenal pasti lokasi yang strategik untuk kedai 1Malaysia dan pada masa yang
sama berharap syarikat itu dapat menjadi pembekal produk 1Malaysia untuk kedai-kedai lain di negeri ini," katanya.
Tambahnya, produk berjenama 1Malaysia juga dijual di kedai-kedai yang memohon, selain di stesen minyak dan kedai koperasi.

Najib Yakin Keupayaan Atlit
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu melahirkan lebih banyak atlet yang kompetitif di peringkat antarabangsa.
Katanya impian itu tidak boleh dicapai tanpa dedikasi semua pihak termasuk komitmen daripada kerajaan dan rakyat.
"Saya percaya tidak mustahil sekiranya satu hari nanti Malaysia disebut bersama-sama dengan negara-negara sukan lain kerana kejayaan wira-wira sukannya.
"Malah saya percaya kita sedang menuju ke arah pencapaian ini," kata Najib.
Tambah beliau, prestasi cemerlang kontinjen Malaysia di Sukan SEA ke-26 di Indonesia merupakan suatu perkembangan yang menggalakkan bagi sukan kebangsaan dan contoh terbaik bagi semangat 1Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam entri terbarunya di www.1malaysia.com.my.

Jab Penerangan Anjur 'Minggu Media Sosial'
PUTRAJAYA - Mulai 13 hingga 17 Februari depan, Malaysia buat julung kalinya akan meraikan Minggu Media Sosial Malaysia 2012. Ia akan diadakan serentak di beberapa bandaraya utama dunia. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, program tesebut akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, bertujuan mewujudkan dan merapatkan hubungan pengamal media sosial.
Tambahnya, program itu turut menggalakkan generasi muda supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif.

Acara kemuncak adalah Perhimpunan Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang menampilkan pakar-pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia.
Selain itu, Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 pula akan mengetengahkan penulis-penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik dengan pencapaian cemerlang dalam arena media sosial.
"1 Malaysia TV" Bukti Najib Terdesak
KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pelancaran televisyen internet "1 Malaysia TV" sebagai satu lagi tindakan terdesak Perdana Menteri, Najib Razak menjelang PRU Ke-13.Meskipun dibantu dengan jentera media massa mainstream seperti RTM dan Media Prima, Najib dilihat mahu menjadikan Tv internet pertama milik kerajaan tersebut mendekati pengundi muda khususnya.
"Adakah Tv ini dilancarkan berpunca daripada maklumat bocor yang menggugat kredibiliti kerajaan?," kata Kit Siang dipetik dalam MsiaInsider.
Disebalik pelancaran tv tersebut, Kit Siang anggap ia satu lagi alat propaganda dan menjadi bukti jelas Najib semakin bimbang dengan kebanjiran tv internet yang lebih banyak memberi laporan mengenai pakatan amnya.

Selain berkata ia satu tindakan terdesak, Kit Siang juga mencabar Najib untuk menyiarkan berita-berita skandal besar seperti NFC, Kes Ketua Menteri S'wak, Skandal PKFZ dan banyak lagi.
Malahan Kit Siang juga menyentuh tentang pesara-pesara dan penjawat awam yang banyak mendedahkan rahsia sulit tentang rasuah yang dilakukan oleh pemimpin dalam kerajaan mereka sendiri.
Kim Jong-il meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Pemerintah Korea Utara, Kim Jong-il yang sering dikritik dan menjadi kecaman pihak barat telah meninggal dunia pada usia 69 tahun, demikian umum media disana.
Kim dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan keretapi dan mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.
Kim yang sering dituduh sebagai musuh utama barat oleh George W. Bush sebelum ini dilaporkan mengalami stroke pada Ogos 2008.
Tampuk pemerintahannya bermula pada tahun 1994 selepas bapanya yang juga pengasas Korea Utara Kim Il-sung meninggal dunia.

Khir Toyo Tak Bersalah - Peguambela
KUALA LUMPUR - Peguambela kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo menegaskan anak guamnya tidak bersalah dan menolak segala pendakwaan yang tidak berasas oleh pendakwaraya."Segala bukti yang dibentangkan ini adalah pembohongan," kata peguambela Kamarul Hisham Kamarudin.
Khir Toyo wakil rakyat UMNO daripada Sungai Panjang bersama isternya didakwa melakukan kesalahan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah rumah No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L menerusi pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Peguambela dalam prosiding telah menghentam kredibiliti saksi utama iaitu Datuk Shamsuddin yang dikatakan gagal memberi bukti yang kukuh.
Jika disabit kesalahan, Khir Toyo berdepan hukuman dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Gempa Bumi Gegar Sulawesi
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi pada pukul 9.23 pagi ini.
Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu berlaku di 311km timur laut Balikpapan, Indonesia dan 585km tenggara Sarikei, Sarawak.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.

SPR Sah Guna Dakwat Kekal
PUTRAJAYA - Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal 'silver nitrate' pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.
Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.
Beliau turut mengumumkan 'pengundian awal' akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.
Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Subscribe to:
Posts (Atom)